Seorang rakan blogger email saya minta supaya cerita tajuk "prunning" atau "prun" anak pohon anggur.
"Prun", ertinya "buang semua daun, tunas dan pucuk" anak pohon anggur. Tujuannya supaya anak pohon anggur lebih berkualiti, lebih panjang jangka hayat dan lebih produktif.
Anak pohon anggur dalam gambar atas sudah stabil hidupnya. Dia akan terus membesar. Biasanya, pemilik pohon ini merasa sungguh gembira. Maklumlah, pohon anggur sudah hidup stabil.
Secara profesionalnya, anak pohon anggur tersebut dikira rendah mutunya. Pohon begini senang berpenyakit dan sukar diurus. Tak berapa produktif. Jadi, untuk mengatasi pelbagai masalah pada masa akan datang, ia hendaklah di"prun".
Ini ialah anak pohon anggur yang telah di"prun". Ia kelihatan seperti mati atau musnah. Tetapi, antara 2 - 4 minggu selepas di"prun" ia akan bertunas dan hidup lebih berkualiti. Lihat gambar di bawah ini.
Anak pohon anggur yang telah bertunas dan hidup sihat lagi berkualiti, setelah ia di"prun".
25 comments:
Geram tengok gambar ini...... best sangat sangat
Salam,
Dah faham, tetapi takut nak cuba lagi, nanti nak tengok praktikal dari doktor.
Baru berani buat sendiri... tq
Salam APU dan ISA,
Kalau nak cantik pokok anggur, kena buat macam tu.
Salam Dr.
Saya udah ada pokok anggur. Layak ker jadi ahli KEPEPAM.
Nama : Mamamat
Parlimen : Kuala Kangsar
DUN : Manong
Malam kang saya posting pasai anggur lak ..
Salam Dr.
Tak ada cadangan nak buat perjumpaan utk ahli KEPEPAM ke?
Saya Azmi dari Taiping. Saya minat nak join sama dalam KEPAM.
Buat masa ini sudah ada tiga anak pokok yang masih dalam semaian. Belum dipindahkan lagi kerana bimbang belum cukup banyak akarnya. Saya dapat keratan2 ini dari seorang saudara di Sepang. Bagaimana nak tahu bilangan akarnya sudah cukup banyak? Saiz daunnya tak berkembang? Bimbang mati kalau di cabut keluar dari pot semaian.
Salam OrangTenom,
Memang ada. Sedang dibincangkan dengan beberapa rakan. Insya Allah.
Salam Azmi,
Nak jadi ahli Kepepam? Boleh.
Maklumat lengkap diri anda.
Biasanya dua bulan selepas menyemai dah boleh dipindahkan.
Bukan dicabut, tapi diterbalikkan bekas semaian.
Assalamualaikum.
Saya Syafiq, pelajar USM. Lepas tengok gamabar-gambar dalam blog ni rase minat plak nak tanam pohon anggur. Saya pun nak jadi ahli Kepepam, tapi saya cadangkan tukar nama lain la. X comercial.
MOHD SYAFIQ BIN CHE AZIZ
ASAL: KELANTAN
TINGGAL: NIBONG TEBAL, PENANG
UMUR: 2O TAHUN
EMAIL:SCARMYTH@GMAIL.COM
BLOG:SAPEQ.BLOGSPOT.COM
sekian
W'Salam Shafiq,
Nama anda didaftarkan.
kali pertama saya melayari laman ini. Terima kasih atas sumbangan ilmu yang diberikan.
Assalamualaikum..saya aishah dari JB. Dulu dah tanam pokok anggur dah tapi sampai mati pokok tu tak penah pun berbuah..asyik sakit jek. Tak tahu saya nak buat apa..tapi skrg pokok tu dah mati dah..layak ker saya jadi ahli ni?
Nor'Aisah Binti Abdan
Dari : Kota Tinggi Johor
Alamat skrg : Skudai JB
email : mama_echah@yahoo.com.my
blog : www.sha-noraishah.blogspot.com
Assalamualaikum.
Saya Nor Azlan, berminat menjadi ahli kelab. Ada 3 induk pokok anggur yang di tanam sejak 2004. (nama dah lupa)
Nor Azlan Bin Hj. Mohammad
Asal kelantan
Menetap Di Semenyih
email : ninahaneco@gmail.com
Assalamualaikum Dr.
Saya Asrol dari melaka. Sy ada menanam 6 batang pokok anggur. Kenapa pucuk anggur saya macam kering, bila daun tu besar macam berkedut. Kenapa ye Dr.
assalamualaikum saya zambri ingin menjadi ahli saya ada sepohon anggur berumur 4 tahun dan sedang berbuah jangka bulan 4 masak
assalamulaikum, Roslan ada tanam anggur baka siam dan dari syria(arab) dan pruning lebih kurang 6 minggu sudah ada 2 pohon dah berbunga saya tanya cara pembajaan serta tindakan seterusnya.
salam..ingin jadi ahli boleh tak ?
nama:alias bin ibrahim
kp :600618-10-1960
alamt: no.42,jalan suria 12,taman suria, 86200 simpang renggam,johor
emel; sjn_alias_jbu@yahoo.com
sya dh tanam 2 pokok anggur.umur 2 thun.benih dari 2 tpt..satu beli kat pesta konvo utm skudai dan lg satu beli masa pergi padang besar..skg dah pruning sjk 2 minggu lalu dan dah tumbuh bunga..kena tunggu 100 hr lg untuk hasilnya..lebihan batangnya sy semai..tgh bercambah dpt 10 [pokok extra..tak payah pakai penggalak akar..cucuk je kat tanah..
Saya nak tanya, saya ada tanam anggur dalam pasu. mulanya sebagai hiasan untuk menggantikan pokok morning glory. Tak sangka pula pokok tu berbuah. dah berbuah untuk kali kedua. masaalah nya akar dah keluar pasu dan masuk dalam tanah. saya ingin nak tukar kepasu besar. takut pokoknya mati jika saya potong akarnya yang dah masuk dalam tanah. pokoknya pun berselirat dan bengkang-bengkok. sebab tak pernah perun. bila berbuah kali pertama semua jiran-jiran datang bertanya hal. kerana kebanyakan orang lain tanam pokoknya tak berbuah dan hidup segan. tak pernah bubuh baja. hanya bubuhn rumput kering satelah memotong rumput. nak tahu juga macam mana nak biakkan kerana ramai orang mintak benih. dahan yang dah tua tu boleh semai balek ke
Salam buat Anonymous dan br.roslan,
sekiranya telah prunning(cantas)dahan. Boleh gunakan dahan yang telah diprunkan sebagai batang untuk disemai...(kalau ada lebih, boleh ke saya minta sebatang dua).
n.jamiri
batu caves, selangor
nurusanj@kict.iiu.edu.my
Salam Dr. bagaimana caranya saya ingin mempelajari teknik penanaman pokok anggur...
Nama: Mohd Asrol B. Jelon
No. Tel: 017-3116977
Salam
Saya juga berminat utk tahu secara praktikal mengenai tanaman anggur..
mcm mana agaknya ye?
Nurmala
mala@ptm.ukm.my
Salam.....
Saya berminat nak jadi ahli KEPEPAM
Nama : Ayzamirza
Lokasi : Johor
Email : ayzamirza@yahoo.com
Senang sekali makin banyak blog tentang anggur, semoga makin banyak juga teman2 yang berminat menanamnya, menyehatkan keluarga dan menghijaukan bumi tercinta. Info tentang anggur silahkan kunjungi www.thomasgrape.blogspot.com
Salam persahabatan dari Indonesia
Assalamualaikum.
Saya Nizam, pengajar ADTEC Shah Alam. Saya mempunyai 2 pohon anggur merah yg sedang berbuah. Saya juga ingin mendaftar sebagai ahli KEPEPAM.
NAMA : AHMAD NIZAM BIN YAACOB
ASAL : KEDAH
TINGGAL: BDR BARU BANGI, SELANGOR
UMUR : 33 TAHUN
EMAIL : any_utm@yahoo.com
BLOG : anizamagrofarm.blogspot.com
Nama: Mohd Razif bin Yahya
Tinggal: Kota Masai,Pasir Gudang Johor
Email: razify@gmail.com
Minat nak jadi ahli untuk berkongsi pengetahuan
Anggur yang saya miliki adalah ditanam oleh bekas penyewa rumah saya. Anggur yang ditanam telah menjalar sepanjang pagar dari tiang pintu pagar hingga belakang rumah saya. Anggur merah tapi rasanya masam macam belimbing. Macam mana nak buat rasanya manis.
Post a Comment